Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

InsyaAllah JTC akan mengadakan Kursus PHP Laravel Framework & MySQL pada 22 – 25 Januari 2019 (Selasa hingga Jumaat) minggu hadapan. Pihak JTC dijemput untuk mengendalikankannya untuk kakitangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ini kali pertama JTC mengendalikan kursus secara in-house di MPOB. MPOB mempunyai beberapa cawangan pejabatnya di Lembah Klang ini dan di beberapa negeri. Namun lokasi kursus ini akan diadakan di ibu pejabat iaitu di Bangi.

Kami akan mengendalikan kursus untuk kakitangan mereka seramai 10 orang.

kursus-php-laravel-framework-mysql-mpob

Surat Tawaran MPOB

Dalam kursus selama 4 hari nanti peserta akan diajar secara praktikal bagaimana cara pengaturcaraan dan pembangunan sistem PHP Laravel Framework dan MySQL.

Bermula pada hari pertama peserta akan membuat installation beberapa fail ke dalam pc masing-masing.

Diharapkan talian Internet tidak menjadi halangan. Namun jika menjadi halangan kami menyediakan fail-fail yang telah siap dimuaturun untuk diinstall.

Dengan mempelajari PHP Laravel Framework & MySQL selama 4 hari ini, adalah diharapkan kakitangan dapat menggunakan skil yang akan dipelajari nanti di tempat kerja.

Selepas ini bolehlah mereka membangunkan atau menyelenggara sistem di MPOB. Pelbagai sistem boleh dibangunkan menggunakan PHP Laravel Framework & MySQL ini.

 

 

Font Resize
Website Security Test