Masa pasang dulu tak ikut spek

2 unit airkond di Bilik Orkid mengalami masalah. Satu masalah tak sejuk, satu lagi pula bila on terus MCB trip.

Minggu lepas terpaksa membatalkan tempahan. Minta maaf banyak2 yer kepada pelanggan yang menempah.

Masalah tak sejuk berpunca dari kapasitor yang dah rosak. Jadi kenalah tukar yang baru.

Kapasitor dah ‘berair’

Manakala masalah trip disebabkan masalah wiring iaitu kabel dari indoor ke outdoor.

Jadinya perlulah pasang wiring baru untuk ke outdoor unit.

Kali ni kita gunakan kabel single core terus ke outdoor unit. Pasang 4 kabel single core untuk standby penggunaan akan datang.

Kalau nak ganti airkon inverter dah mudah tak perlu tarik kabel lagi.

Kabel pula kita gunakan yang berjenama Mega Kabel supaya tahan lama. Buat sekali jer tak perlu nak buat lagi akan datang.

Alhamdulillah hari ini pihak kontraktor dah buat pemasangan kabel baru dengan jayanya. Airkon pun dah berfungsi semula.

Terima kasih.

 

 

Facebook
WhatsApp
Telegram
Email
Print
JomTraining Centre