Anda Mencari Bilik Kursus, Seminar, Mesyuarat Yang Murah? BersihSelesa Tahap Hotel dan Mesra Ibadah? Dekat Betul Dari Stesen LRT! Di Sini Ada Bro…”

“Anda Mencari Bilik Kursus, Seminar, Mesyuarat Yang Murah? Bersih, Selesa Tahap Hotel dan Mesra Ibadah? Dekat Betul Dari Stesen LRT. Di Sini Ada Bro…!”

sewa-bilik-kursus-seminar-training-mesyuarat-kursus-joomla!-php-laravel-framework-wordpress

Daripada: Zaki Yusof
Per: Nakkan Keselesaan Kursus atau Seminar Anda? Anda Tak Pening Lagi! 

Salam sejahtera sahabat,

Adakah anda mencari tempat untuk kursus, latihan, seminar atau mesyuarat yang selesa, bersih dan senang dikunjungi di sekitar Lembah Klang ini?

Jika ya, anda sudah menjumpainya di sini.

Oleh itu jangan kemana-mana lagi dan teruskan membaca apa yang bakal saya ceritakan ini.

Nak Tahu Cerita Pengalaman Saya Menyewa

Sebuah Training Centre Suatu Masa Dulu?

Nak Tahu Pengalaman Saya Menyewa Sebuah Training Centre Suatu Masa Dulu?

Sebenarnya, saya juga menjalankan beberapa kursus berkenaan ICT dan memerlukan bilik training untuk tujuan tersebut.

Setiap kali kursus ia melibatkan penggunaan komputer dan perlu ada capaian Internet yang laju.

Oleh itu saya hanya boleh menjalankan kursus di training centre terpilih yang ada kemudahan tersebut sahaja.

Kalau nak buat di hotel tak berbaloilah… susah nak cari hotel yang ada kemudahan capaian talian Internet yang stabil untuk training.

Kadangkala baru cuba sekali dua dah tak boleh akses. Banyak kali pengalaman menjalankan kursus di hotel-hotel. Sama sahaja!

Kesimpulannya capaian Internet di hotel tak boleh diharap… tersengguk-sengguk macam siput sedut! Tambahan pula ada hotel perlu sewa penggunaan Internet mengikut jam untuk setiap peserta.

Tak praktikal lah nak buat di hotel.

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuarat

Saya sedang mengadakan kursus ICT di sebuah training centre yang disewa suatu ketika dulu.

Oleh yang demikian saya menyewa beberapa buah training center terpilih berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang saya tetapkan. Saya memang agak memilih dalam membuat pemilihan kerana saya juga akan memikirkan dari segi lokasi, kemudahan peralatan, keadaan ruang dalaman, harga, makanan dan sebagainya.

Beberapa training centre telah saya gunakan. Namun, apa yang mengecewakan saya kualiti perkhidmatan mereka sangat tidak memuaskan. Banyak masalah yang timbul walaupun mereka janji semuanya akan okay!

Oleh itu terpaksalah saya berpindah randah mencari training centre yang lebih baik bagi menjamin kualiti perkhidmatan training yang saya anjurkan. Dan yang paling penting supaya semua peserta berpuas hati.

Cerita ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak…

Sebagai Renungan Dan Iktibar. Semoga Anda

Tidak Mengalami Pengalaman Seperti Saya Ini…

Sebagai Renungan Dan Iktibar. Semoga Anda Tidak Mengalami Pengalaman Seperti Saya Ini…

Tak perlulah saya sebutkan nama-nama training centernya. Agak terkenal juga. Tetapi hakikatnya, perkhidmatan mereka umpama melepaskan batuk ditangga. Saya harap apa yang berlaku kepada saya ini tidak akan berlaku kepada anda juga.

Untuk itu, saya ingin memperkenalkan

JomTraining Centre™ atau ringkasannya JTC berupaya memenuhi keperluan kursus, seminar atau mesyuarat anda!

JomTraining Centre atau ringkasannya JTC berupaya memenuhi keperluan kursus, seminar atau mesyuarat anda!

Sila Tonton Video JTC.
“Tak Kenal Maka Tak Cinta!”

Apa Yang Kami Tawarkan?

Bilik Yang Bersih dan Selesa

3 bilik latihan / seminar yang boleh dipilih. Iaitu Bilik Orkid, Tulip dan Rose. Bilik berskala kecil dan sederhana (tidak sempit) boleh memuatkan antara 10 hingga 42 orang (jika kerusi dan meja) dan 80 orang (jika kerusi sahaja). Keadaan bilik bersih dan selesa.

Komputer Laptop / Notebook

Sekiranya kursus anda memerlukan komputer, kami menyediakan kemudahan komputer riba atau laptop berjenama Dell / Acer / HP. Laptop disediakan bersama mouse. Capaian Internet setiap laptop secara wifi. Laptop dalam keadaan diselenggara baik.

Internet UniFi Wifi Percuma!

Capaian Internet UniFi berkelajuan tinggi sehingga 300Mbps. Internet boleh dicapai serentak sehingga 50-60 orang dalam satu masa. Kami menyediakan sebanyak 6 channel untuk tujuan tersebut. Tidak seperti sesetengah tempat capaian Internetnya terhad hanya beberapa orang sahaja!

Projector, White Board, Marker

Paparan projektor yang terang dan jelas. Projektor berjenama Epson dan Dell. Paparan yang sempurna (tidak senget atau separuh imej). Semua projektor adalah jenis gantung / siling bagi keselesaan peserta. Ianya tidak mengganggu halangan pandangan badan. Whiteboard dan marker juga disediakan percuma.

Bilik Kursus Berhawa Dingin

Semua bilik kursus berhawa dingin bagi memastikan keselesaan semasa kursus. Kipas juga disediakan sebagai tambahan untuk keselesaan. Airkond jenis siling dan dinding digunakan. Bilik Orkid mempunyai 4 airkond, Tulip dan Rose masing-masing 1 airkond.

Bilik Makan

Bilik makan disediakan jika anda memerlukan kemudahan makan dan minum sepanjang kursus. Bilik makan berhawa dingin dan berkipas. Dengan makan di bilik makan ianya boleh menjimatkan masa kursus dan memberi keselesaaan kepada peserta daripada terpaksa mencari makanan di luar sana.

Berdekatan Stesen LRT

JTC hanya 100 meter sahaja jaraknya dari Stesen LRT Puchong Prima. Hanya berjalan kaki 10 minit sampailah ke JTC.  Ini memudahkan peserta anda membuat pilihan pengangkutan awam ke JTC. LRT ini adalah laluan Sri Petaling dari bandaraya Kuala Lumpur. Laluan seterusnya ke Putra Heights dan sambungan ke Subang Jaya, Kelana Jaya dan ke Kuala Lumpur semula.

Persekitaran Pusat Komersial

JTC terletak di Pusat Perdagangan iaitu pusat komersial yang mempunyai banyak kemudahan perniagaan seperti pasaraya besar OTK, bank (Maybank / Hong Leong), farmasi, kedai gambar, kedai makan Muslim atau Non-Muslim dan pelbagai lagi. Mudah untuk anda atau peserta mendapatkan sebarang keperluan mendesak bila-bila masa yang diperlukan di sini.

Bas RapidKL dan Ekspres

Hanya 100 meter berjalan kaki ke Stesen Bas RapidKL dan Teksi. Stesen teksi dan bas RapidKL terletak di stesen LRT Puchong Prima. Destinasi dan laluan bas RapidKL adalah sehingga ke K.L (Pasar Seni). Terdapat juga hentian akhir Bas Ekspres Transnasional dan Ekspress Perdana (dari Pantai Timur). Kaunter jualan tiket bas ekspres tersebut ke destinasi terpilih Pantai Timur / Utara / Selatan juga ada di sini.

Surau Luas dan Berasingan

Surau JTC berasingan antara lelaki dan perempuan. Ianya juga luas, selesa dan bersih. Tempat wuduk juga disediakan (bukan di dalam tandas) dan berasingan antara lelaki dan perempuan. Disamping berkursus, JTC juga menitikberatkan keselesan beribadah kepada peserta muslimin dan muslimat.

Mudah Mendapatkan Grab

Terdapat banyak pemandu Grab di sekitar kawasan ini. Kawasan ini memang dikenali dan mudah dikunjungi oleh mereka. Anda hanya perlu memanggil perkhidmatan mereka dan menunggu beberapa minit mereka pasti datang. Tempat menunggu adalah bebas untuk anda menunggu dimana-mana sekitar pusat komersial ini.

Kemudahan Lif

Kemudahan lif memberikan keselesaan daripada terpaksa bersusah payah menaiki tangga. Peserta selesa menaiki lif untuk datang ke kursus anda. Ianya juga memudahkan anda membawa barang-barang keperluan kursus. 

Pilihan Terbaik Untuk Seminar, Kursus dan Mesyuarat Anda. Kini di JomTraining Centre!

Lokasi Mudah Dicari Untuk Seminar, Kursus dan Mesyuarat Anda di JTC! Dekat LRT, Waze, Google Maps dan Grab!

JomTraining Centre

Pusat Perdagangan Puchong Prima,
Jalan Prima Utama 5/3,
Taman Puchong Prima,
47150 Puchong, Selangor.

JomTraining Centre

Siapa Pernah Gunakan JTC? Antara Nama Besar Dan Popular!

Najib Asaddok

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratPada mulanya saya mencari beberapa tempat untuk mengadakan bengkel ebay tetapi setelah melakukan survey saya dapati harga yang diberikan sangat tingg.

Itu belum masuk sewa projektor. Akhirnya saya terjumpa JTC dan bertanya harga sewa yang ditawarkan Saya sangat terkejut harga tawaran sangat berpatutan dengan servis yang ditawarkan termasuk makan minum peserta. Kebanyakan peserta bengkel ebay saya sangat berpuashati dan selesa oleh kerana kemudahan lengkap yang disediakan tak memerlukan peserta keluar dari JTC.

Jadi ini menjimatkan masa dan peserta dapat menepati masa untuk setiap sesi bengkel saya. Kini dah 3 kali saya gunakan JTC dan baru sahaja menempah untuk menggunakannya buat kali ke 4. Terima kasih atas servis terbaik oleh team JTC!

Mohd Najib Bin Asaddok
Trainer & Internet Marketer
www.facebook.com/najibasaddok

Ammar Zahar

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratPada mulanya saya tidak bercadang menggunakan JTC kerana saya telah ada tempat lain untuk seminar saya.

Namun disebabkan masalah tertentu saya terpaksa memilih JTC.

Tak sangka setelah menggunakan JTC, saya terus terpikat dengannya kerana kemudahan yang disediakan di sini sangat-sangat memuaskan.

Bilik training selesa, kemudahan komputer serba baru dan semuanya berfungsi dengan baik.

Makanannya pula sedap. Semua peserta saya pula berpuas hati dengan kemudahan yang diberi.

Mereka kata tak rugi datang seminar Ammar di sini…untuk mencari JTC pun tidaklah susah.

Selepas ini saya pasti akan gunakan JTC lagi.

Ammar Zahar
Internet Marketer
www.facebook.com/ammarzaharpage

Aridz

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratSegala- galanya yang dinyatakan oleh En. Zaki benar belaka. Saya amat berterima kasih kepada En. Zaki yang menyediakan tempat sebegini.

Pengalaman ngeri malapetaka saya di tempat lain membuktikan segala- galanya.

Mungkin En. Zaki tidak berapa ingat, saya telah menggunakan khidmat JTC sebanyak 9 kali sudah.

More to comes. Thank you very much En. Zaki!

AridzTech
Internet Marketer
www.facebook.com/mraridz

Izhan Khalib

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratSaya kenal pemilik JTC kerana beliau kawan lama saya. Tak sangka beliau dah ada jenama JTC. Asalnya saya memang tak bercadang gunakan JTC. Saya lebih suka cari di tempat lain.

Tetapi harganya agak tinggi berbanding JTC. Akhirnya saya memilih JTC.

Walaupun baru pertama kali gunakan JTC, tapi saya sangat berpuashati. Servis yang diberikan memang tip top!

Internet line di sini pun best. Kursus saya 99% gunakan Internet. Memang lancar jer… takde masalah.

Semua peserta kursus saya suka training di sini. Akan datang saya pasti akan gunakan lagi.

Izhan Khalib
IT Experts
www.anjungcafehosting.com

Jamal SifuFbads

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratTiada cadangan, dah terbaik!

Kemudahan yang terbaik bagi saya. Semua kerja menjadi mudah, pantas dan memuaskan.

Saya ingin membuat bengkel lagi di sini pada masa akan datang.

Jamal
Sifu FBAds
www.facebook.com/sifufesbukads

Shuth

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratSaya telah beberapa kali mengadakan seminar di JTC.

Sebelum ini saya mengadakan di hotel terpilih tetapi setelah pertama kali menggunakan JTC saya terus terpikat dan menggunakannya buat kali yang seterusnya.

Memang terbukti JTC terkenal dengan perkhidmatan terbaik dalam kemudahan latihan (training facilities).
Bagi yang belum menggunakannya, saya sangat syorkan anda mencubanya kerana segala yang disediakan adalah yang terbaik untuk anda.

Mereka sangat komited. Buktinya segala persiapan bilik kursus, alat bantuan mengajar, komputer, makanan dan lain-lain keperluan telah pun lengkap mereka sediakan sebelum kursus anda bermula.

Saya suka JTC. Semoga JTC terus maju.

Shuth
Internet Marketer
Shuth Network Sdn. Bhd.
KlikJer.com

Suhaily

sewa-bilik-kursus-training-seminar-mesyuaratBeberapa tahun menjalankan training dengan hanya mencari kolej sebagai tempat training, bukan tidak ingin mencuba training centre yang lebih profesional tetapi masih belum berjumpa dengan tempat yang betul-betul rasa sesuai dan selesa.

Beberapa bulan lepas terjumpalah satu tempat training iaitu JTC sewaktu melayari Internet. Psstt.. itulah kelebihannya apabila menjalankan dan mempromosikan perniagaan secara online.

Ingin mencuba tetapi belum sampai serunya dan rezeki itu datang tanpa diduga apabila diundang sebagai trainer untuk menjalankan bengkel ICT di sana.

JTC Puchong ini satu lokasi yang agak strategik, parking pun banyak.

Tempat latihan bagi saya sangat sesuai, mungkin lain orang lain citarasanya tapi bagi saya jika seorang trainer itu seorang yang colourful, memang bagus tapi sangat baik jika suasana latihan itu tidak menyakitkan mata, contohnya penggunaan warna latar, wallpaper dan sebagainya dan saya andaikan semua orang inginkan seperti itu jadi saya sarankan anda memilih JTC sebagai tempat latihan.

Tidak percaya, tidak mengapa tapi datang sendiri dan lihat sendiri.

Memang ianya tidak setanding dengan tempat yang lebih besar dan high class tapi keluasaannya yang mampu menampung 30 – 40 peserta (bermeja) dalam satu-satu masa sangat sesuai berbanding dgn tempat yang sama luasnya tapi terlalu sakit mata memandang, biar simple tapi selesa dan biar tidak ramai tapi semua boleh memahami apa yang disampaikan.

Dari segi pengurusan, makanan yang disediakan memang sedap, tak tahu citarasa orang lain tapi ia cukup mengenyangkan dan membuatkan kita 2nd round.

Jika ada masalah teknikal ianya cepat disettelkan dan rasanya jika tuan empunya letakkan SLOGAN JTC di kaunter pertanyaan lagi sedap mata memandang cuma tak tahulah kalau saya terlepas pandang.

Next time jika ada peluang untuk menjalankan training sendiri, saya pasti memilihnya.

Terima kasih..

Muhammad Suhaily
Trainer Profesional
effectivepresenter.wordpress.com

Mereka Seronok Dan Berulang Kali Guna! Anda Bila Lagi?

Jangan Tunggu Lagi. Nanti Penuh!

Font Resize
Website Security Test