Siapa JTC?

Latarbelakang JTC

JomTraining Centre atau ringkasnya JTC telah mula beroperasi pada bulan Februari 2008. Ia berstatus bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan HRDF.

JTC menyediakan khidmat latihan terutamanya khidmat latihan IT terbuka kepada semua pelanggan samada pihak kerajaan, swasta atau individu. JTC juga menyediakan kemudahan sewaan bilik untuk kursus, seminar dan latihan berskala kecil dan sederhana yang lengkap dengan kemudahan surau, bilik makan, projektor, komputer, internet berkelajuan tinggi UniFi dan lain-lain keperluan yang bersesuaian.

Sejak mula beroperasi, JTC telah melatih ramai kakitangan dalam kursus-kursus tertentu. Mereka terdiri daripada pelbagai jawatan dari kakitangan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan juga pelajar IPT / IPTS.

Pejabat Urusan JTC telah berpindah ke premis milik sendiri di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Selangor mulai 1 Julai 2016.

JTC berpengalaman mengendalikan beberapa jenis kursus samada secara terbuka atau dalaman kepada jabatan kerajaan, swasta atau individu yang berminat. Untuk mengetahui kursus yang diadakan ketika ini bolehlah melihat senarai dan jadual kursus di bahagian tertentu laman web ini.

Mulai Januari 2018, JTC diuruskan sepenuhnya oleh Adlina Resources.

Perkhidmatan JTC

.

1. Mengadakan dan menganjurkan beberapa jenis kursus, seminar dan latihan berasaskan IT dan Soft Skill samada untuk kakitangan kerajaan, swasta atau individu.

2. Menyediakan kemudahan penyewaan bilik latihan dan kursus berskala kecil dan sederhana yang selesa dan tersedia kemudahan yang bersesuaian termasuk UniFi berkelajuan tinggi dan projektor secara percuma.

3. Mengadakan dan menganjurkan kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan.

4. Menyediakan sewaan komputer (notebook), projektor, printer dan keperluan khidmat latihan.

Amalan Budaya JTC

Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perantara. Komunikasi pertuturan dan penulisan kami akan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Mengamalkan kesopan santunan budaya Melayu tinggi. Kami memuliakan semua pelanggan kami dengan panggilan yang selayaknya mengikut kesopanan Melayu.

Patuh syariah. Kami sebaik mungkin akan memberi gambaran yang sebenarnya. Kami juga tidak mengamalkan budaya memberi dan menerima sesuatu yang boleh dianggap rasuah.

Akur kepada kebenaran biarpun ianya pahit. Kami tidak mengutamakan sesuatu secara membuta tuli. Kami akur jika ianya memang suatu yang benar. Begitu juga sebaliknya.

Visi, Misi dan Objektif

 

Visi

Menjadi sebuah pusat latihan terbaik dan contoh milik bumiputera yang sentiasa memenuhi piawaian khidmat latihan sesebuah organisasi.

Misi

Memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, profesional, cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

Menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak samada swasta, badan kerajaan atau individu demi memenuhi keperluan sesebuah organisasi yang ditetapkan. 

Objektif

Menyedia dan memberi khidmat latihan secara profesional dan berkualiti kepada pelanggan.

Menyediakan kemudahan sewaan bilik latihan bersakala kecil dan sederhana yang selesa, bersih, mesra ibadah dan menyenangkan semua pelanggan.

Font Resize
Website Security Test