Zaki Yusof

Penulis at JomTraining Centre
Zaki Yusof

Latest posts by Zaki Yusof (see all)

Sifat Terpuji Rakyat Malaysia.

Salah satu sifat terpuji yang perlu ada pada rakyat Malaysia ialah memberi laluan kepada ambulan.

Kita mungkin pernah melalui perkara ini apabila tiba-tiba mendengar siren ambulan. Kita seharusya peka dan melihat keadaan sekitar melalui cermin pandang belakang dan sisi apabila mendengarnya. Ini kerana kita ingin mengetahui adakah ambulan tersebut akan menggunakaan laluan yang sama dengan kita.  Atau mungkin ambulan tersebut telah berada di belakang kenderaan kita.

Saya ada beberapa peraturan atau tips yang saya baca bagaimana cara memberi laluan kepada ambulan:

  • Pastikan anda dalam keadaan tenang (jangan panik) ketika mendengar siren ambulan. Segera melihat keadaan sekitar untuk ingin memberi laluan.
  • Jika anda berada di sebelah kiri jalan, pastikan anda terus rapat ke kiri jalan.
  • Jika anda berada di sebelah kanan jalan, pastikan anda terus rapat ke kanan jalan.
  • Beri laluan kepada ambulan di tengah-tengah jalan.

Memberi laluan kepada ambulan adalah sifat yang terpuji. Siapa tahu pesakit yang dibawa ambulan adalah adik, kakak, ayah, ibu atau saudara mara anda. Memberi laluan walau seinci mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa.

Di bawah ini saya kongsikan video bagaimana rakyat Malaysia respons dengan ambulan.

Font Resize
Website Security Test