Syarat dan Terma Tempahan

Sila Baca Prosidur Tempahan

DEPOSIT TEMPAHAN (BOOKING)

1- Bayaran deposit tempahan dikenakan untuk booking tarikh.

2- Bayaran sebanyak RM100 / hari bagi setiap tarikh tempahan yang dibuat.

  • Contohnya: Jika anda menempah 1 hari, maka bayaran komitmen adalah RM100 x 1 hari = RM100 sahaja!
  • Jika anda menempah 2 hari, maka bayaran komitmen adalah RM100 x 2 hari = RM100 sahaja!

3- Bayaran ini adalah sebagai tanda komitmen untuk menggunakan JTC. Ini memandangkan kerap berlaku pihak pelanggan membatalkan tarikh kursus yang telah ditempah sedangkan kami terpaksa menolak tempahan lain demi menjaga tarikh ‘booking’ tersebut.

4- Bayaran deposit ini akan ditolak dari jumlah keseluruhan bayaran (invois) pada hari sewaan sebenar anda nanti.

5- Bayaran deposit komitmen tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan atau penundaan (postponed) tarikh kursus disebabkan oleh anda. Tetapi akan dikembalikan jika ia disebabkan oleh pihak kami.

6- Bayaran sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan perlu dijelaskan 7 hari sebelum tarikh sewaan. Baki sebanyak 50% perlu dijelaskan sebelum tarikh sewaan atau pada hari sewaan tersebut.

7- Bayaran sewaan melepasi dari tempoh tersebut akan dikenakan caj lewat 6% dari jumlah sewaan.

PEMASANGAN SOFTWARE TERTENTU

1- Sebarang perisian yang akan digunakan MESTI disedia dan dipasang sendiri oleh pihak anda (melainkan telah sedia ada di dalam pc kami). Pihak kami sama sekali TIDAK menyediakan dan memasang perisian tersebut tetapi hanya boleh membantu proses pemasangan.

2- Pemasangan hendaklah dilakukan pada waktu pejabat / bekerja iaitu Isnin-Jumaat (9am-3pm) sahaja. Pemasangan di luar waktu pejabat / cuti boleh dikenakan caj tambahan.

3- Sekiranya anda ingin kami untuk memasang perisian (installation) tertentu (bahan / CD installation perlu disediakan oleh pihak anda). Sila maklumkan kepada kami 5 hari bekerja lebih awal bagi memudahkan kami membuat persediaan. Pemberitahuan disaat akhir atau kurang dari tempoh tersebut tidak menjamin kami dapat melakukan pemasangan tersebut.

4- Anda perlu datang ke JTC untuk memasang sendiri perisian (installation) tertentu samada 1 atau 2 hari sebelum tarikh kursus atau lebih awal lagi. Sila maklumkan terlebih dahulu sebelum datang untuk krew kami menunggu anda nanti.

5- Kami tidak bertanggungjawab terhadap lesen dan hak cipta perisian yang dipasang.

CARA BAYARAN

1- Bayaran boleh dibuat samada secara online banking, tunai atau cek.

2- Maklumat pembayaran seperti di bawah:

  • Nama akaun: ADLINA RESOURCES
  • Nombor akaun MAYBANK: 562777229134

3- Selepas bayaran dibuat, sila hantarkan bukti bayaran melalui e-mel ke admin@jomtraining.com.my atau SMS / Whatsapp : 016-2636101 dan maklumkan jumlah dan tarikh bayaran dibuat dan juga tarikh tempahan anda.

4- Kami akan memberikan resit bayaran selepas bayaran tempahan diterima.

5- Bayaran yang tidak dimaklumkan, kami tidak akan bertanggugjawab terhadap transaksi tersebut.

6- Setelah kami menerima bayaran tersebut, kami akan ‘locked” tarikh tempahan di kalendar tempahan JTC. Selagi tiada bayaran dibuat, tarikh tersebut masih terbuka kepada umum untuk ditempah.

6- Kami tidak menjamin sebarang tarikh cadangan anda sebelum bayaran tempahan diterima.

PENGESAHAN PENGGUNAAN

1- Pengesahan penggunaan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh sebenar kursus / seminar anda dijalankan. Ini untuk memudahkan kami membuat persediaan (seperti tempahan katering dan persiapan bilik) yang sebaiknya.

2- Pembayaran penuh mesti dilakukan sebelum kursus bermula atau selepas sahaja tamat kursus.

PEMBATALAN TEMPAHAN

1- Pembatalan tempahan perlu dimaklumkan melalui telefon / call kepada (emel atau SMS tidak diterima bagi mengelakkan ‘misscommunication’) paling lewat 3 hari sebelum tarikh kursus anda.

2- Sebarang pembatalan tempahan yang disebabkan oleh anda deposit komitmen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

3- Sebarang pembatalan yang tidak dimaklumkan sebelum 3 hari tarikh kursus akan dianggap terbatal secara otomatis. Deposit komitmen yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

1- Kami boleh menerima atau menolak mana-mana tempahan yang akan atau telah dilakukan di atas sebab-sebab yang tertentu.
2- Kami boleh membatal atau menolak tempahan yang menyalahi undang-undang atau berunsur keagamaan selain daripada agama Islam.
3- Kami berhak untuk tahu jenis kursus, seminar atau mesyuarat yang anda akan anjurkan sebelum atau semasa membuat tempahan.
4- Kami boleh mengambil gambar tertentu / video pendek (bukan video keseluruhan program) / rakaman tertentu untuk tujuan rekod dan promosi kami.
5- Penggunaan kemudahan adalah secara “as it is” iaitu kemudahan yang sedia ada untuk digunakan. Penambahan kemudahan tambahan tiada jaminan untuk diadakan.
6- Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas perkara yang berlaku di luar kawalan seperti ‘black-out’, gangguan talian internet disebabkan pihak ISP, gangguan lif, gangguan bekalan air dan apa-apa yang dianggap di luar dari bidang kuasa penyelesaian kami. Walaubagaimanapun kami akan segera berhubung kepada pihak yang terlibat jika ianya berlaku.

Setuju Terma dan Syarat

Saya telah membaca dan faham berkenaan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Saya akan mengikuti terma dan syarat tersebut.

Saya ingin menempah sekarang!

Font Resize
Website Security Test